Monday, February 13, 2012

Lukis Atas Felt

felt-010

felt-014

Saya terima email & komen di Big Eyes FB Page, 'Boleh ke Shirt Marker ditulis/lukis atas kain Felt?'

Biasanya saya guna atas kain belacu, dan hasilnya amat memuaskan..mudah nak tulis/lukis. Masa saya menjawab komen di Fb tempoh hari saya hanya tulis/lukis sikit-sikit untuk tengok hasilnya dengan cepat.

Kebetulan pagi tadi selepas saya lihat semula komen-komen yang saya tulis, rupanya ada satu komen yang tertinggal, maafkan saya mungkin terlepas pandang..soalan yang sama 'boleh ke lukis atas kain felt'. Terus saya ambil shirt marker dan lukis/tulis atas kain felt, untuk tengok hasilnya dengan lebih detail.. supaya saya dapat beri info yang betul, dapat manfaat buat yang lain juga. Tapi betul la apa yang saya reply sebelum ini di FB, shirt marker boleh tulis/lukis atas kain felt tapi hasilnya tak berapa memuaskan berbanding dengan kain belacu sebab kain felt mudah berbulu dan akan melekat di mucung marker..jadi setiap kali nak teruskan melukis kena bersihkan dulu muncung marker supaya nampak lebih kemas & bersih.

Harap entri ini dapat membantu.


handmade

0 orang bagi komen: