Friday, December 2, 2011

December Giveaway

giveaway-Untitled-1

Salam Jumaat semua.
Pagi tadi tengah saya membelek barang-barang babywearing, rupanya ada satu mei tai yang yang belum pernah saya guna.

Mei tai yang ini saya buat kecil sedikit dari size mei tai biasa, sesuai untuk newborn hingga 12bulan. Rasa sayang nak jual sebab saya buat hanya untuk simpanan dan fabrik yang saya gunakan 100% cotton, antara fabrik yang terawal saya beli semasa mula-mula Big Eyes Shop beroperasi.

Hari ini dengan rela hati saya ingin melepaskan mei tai ini kerana saya masih ada lagi beberapa mei tai untuk dijadikan koleksi.  Buat yang berminat sudi-sudikan lah menyertai DECEMBER GIVEAWAY ...InshaAllah mana tahu  mungkin anda yang terpilih, sekiranya anda belum mempunyai baby, masih boleh menyertai dan ia dijadikan simpanan di masa akan datang atau sebagai hadiah buat teman atau saudara:)

Syarat-syarat Penyertaan;

1. Sila LIKE BIG EYES FACEBOOK (sekiranya anda belum lagi LIKE)
2. Klik 'Like Post/Entry DECEMBER GIVEAWAY'
3. Tag nama anda ( ini penting untuk saya menyenaraikan nama-nama untuk dipilih secara random)
4. Klik button 'share' supaya rakan-rakan boleh menyertai sama

December Giveaway akan berjalan selama 13hari.
Good Luck semua:)

handmademaking pretty things





0 orang bagi komen: