
Asal tempat saya simpan benang, guna kotak kasut...hihi. Bersempah, time nak cepat, main campak-campak aje. Bila nak mencari warna benang...hah kenalah selongkar satu-satu...kadang-kadang tak jumpa warna benang yang kita nak...esok ke kedai lagi beli benang warna baru ...rupanya bila dah disusun elok ikut warna, baru nampak banyaknya warna yang sama.

Akhirnya masa jalan-jalan ke kedai, terjumpa bekas lubang-lubang warna-warni gini....mula terfikir kalau susun benang mesti muat. Jadi saya beli dua dulu..nak try kalau sesuai, esok-esok boleh beli lagi.



Ini pula untuk tempat benang yang bersaiz besar, warna-warna yang selalu guna kena beli benang besar...sebab malas nak berulang ke kedai. Saya guna raga...setakat ni bekas ini yang paling sesuai.
{Jangan lupa sertai December Giveaway...alat gendong bayi- MEI TAI }
Syarat-syarat Penyertaan;
1. Sila LIKE BIG EYES FACEBOOK (sekiranya anda belum lagi LIKE)
3. Tag nama anda ( ini penting untuk saya menyenaraikan nama-nama untuk dipilih secara random)
4. Klik button 'share' supaya rakan-rakan boleh menyertai sama
December Giveaway akan berakhir Ahad ini 19/12/2011
Good Luck semua:)
♥handmade♥making pretty things
4 orang bagi komen:
lawa bekas tu...comel jerk...
mcm saya jgk...benang berterabur & byk tempat...time nak...merata-rata mencari...last2 guna mana yg ada,agak sesuai 'jalan' je jahitnye...
Asmaa,
kann, kalau tak benang pun asyik bersimpul..seronok betul dpt jumpa bekas ni.
comel ler bekas tuh, alahai saya nyer benang mcm gambar awak yg first tu ler hahaha.. besimpang siur sana sini.. kekadang dah berbelit tuh terpaksalah kerat jerr
Mila@Rimbun ~ sama la kita bila benang dah bersimpul..terus gunting, senang kerja..hihi
Post a Comment