Tuesday, May 19, 2009

Ibu Susuan

Sungguh mulia hati seorang ibu itu sekiranya dia dipilih untuk menjadi ibu susuan. Bukan mudah untuk menerima gelaran ibu susuan dan tak ramai ibu yang sanggup berkongsi air susu dengan anak orang lain melainkan ada hubungan pertalian darah dan bukan mudah juga untuk berlaku adil dalam memberi kasih sayang yang sama rata seperti anak sendiri.

Inilah pengalaman saya,
Alhamdullillah Allah S.W.T telah mengerakkan hati ini untuk saya menjadi ibu susuan buat anak kawan sepejabat ketika bekerja dulu .. Maslina kira-kira 6 tahun yang lepas. Kebetulan pula kami sama-sama  tinggal berdekatan (tersangat dekat), tempat baru memang susah nak mencari babysitter,  penduduk pun masih belum ramai, nursery pun belum ada lagi. Akhirnya Maslina meminta pertolongan saya untuk menjaga Damia, ketika itu saya dah menjadi suri rumah sepenuh masa. Pada mulanya risau juga nak menjaga anak Maslina...Siti Nur Damia, memandangkan waktu itu anak-anak saya masih kecil lagi...Qistina 3tahun & Idlan baru setahun lebih dan masih menyusu. Selepas berbincang dengan suami dan akhirnya suami membenarkan saya menjaga Damia. Kesian pula nak menolak permintaan seorang kawan yang dalam kesusahan.....apa salahnya saya menjaga Damia yang baru berusia 10bulan.  Mudah-mudahan tak ada masalah untuk menjaganya dan mujur Damia fully breastfed.

Imbas kembali ketika zaman bekerja dulu.
Semasa bekerja saya tinggalkan anak-anak dengan membekalkan mereka susu perahan (EBM) saya, memang mudah. Lagipun ketika anak yang sulung lagi memang saya menghempas pulas menuntut ilmu penyusuan susuibu. Selain membaca di internet, saya sanggup berulang alik dari office ke PUSRAWI (Pusat Rawatan Islam) untuk berjumpa pakar laktasi pada setiap hari Jumaat (korbankan waktu makan tengah hari) semata-mata untuk menambah ilmu penyusuan....hingga saya berjaya dan sekaligus dapat mengajak dan meyakinkan kawan-kawan sepejabat untuk menyusukan anak mereka dengan susuibu sepenuhnya walaupun mereka bekerja. Ketika itu ibu Damia..Maslina belum berumahtangga dan setiap kali saya memerah susu , Maslina akan bertanya pelbagai soalan mengenai susuibu dan ini sedikit sebanyak memberi inspirasi buat Maslina bila mempunyai anak nanti. Alhamdullillah Allah makmulkan doa saya untuk mendorong lebih ramai kawan-kawan menyusukan anak mereka dengan susu ibu dan saya dapat rasakan makin ramai yang turut serta dalam memerah susu di bilik kecil (store) kami.



Bukan mudah untuk mencapai kejayaan ....dugaan dan cabaran pasti tak dapat dielakkan. Sehingga pada satu hari saya menerima surat dari Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM) untuk mengikuti kursus penyusuan susu ibu selama 18jam di HKL pada tahun 2002. Seronoknya saya ketika itu, tidak dapat saya membayangkan...saya terpilih, pada waktu itu untuk mengikuti kursus laktasi hanya mereka yang bergelar doktor atau  jururawat saja yang akan mengikuti kursus. Rupanya saya diberitahu...mereka memilih saya kerana atas kesungguhan saya memberi galakkan kepada rakan-rakan di pejabat. Mungkin juga saya sering bercerita kepada salah seorang doktor di PUSRAWI ..bagaimana saya menggalakkan kawan-kawan saya untuk terus menyusu walaupun mereka telah kembali bekerja.


Selepas itu saya dipanggil semula untuk mengikuti kursus peyusuan susuibu selama 40jam bagi mendapat gelaran Pakar Laktasi.....tetapi sayang, ketika ini saya terpaksa menolak dengan hati yang teramat berat disebabkan Idlan tak boleh berenggang dan saya akur...mungkin sudah tertulis bukan rezeki saya untuk mengikuti kursus ini. Walaubagaimana pun saya tetap bersyukur sebab saya masih boleh meneruskan aktiviti yang biasa saya lakukan...memberi galakkan & tunjuk ajar buat kawan-kawan yang memerlukan bantuan penyusuan susu ibu sehinggalah ke hari ini:)


Kembali dengan cerita Ibu susuan
Hari pertama menjaga Damia, ibunya membekalkan EBM (perahan susuibu) dalam beberapa botol. Di sini bermulalah masalahnya,.Damia tak nak EBM....puas saya suapkan...mesti Damia menggeleng dan menutup mulut....setiap kali saya berikan EBM Damia akan sebamkan mukanya ke dada saya, beberapa kali seperti boleh tahu saya masih mempunyai susu. Sepanjang hari Damia tak sentuh susu, risau betul ...serba salah...Damia seakan ingin Direct Feeding. Saya ceritakan masalah Damia pada ibunya. Maslina dan suaminya juga buntu. Pada hari yang kedua pun sama juga....langsung tak nak ebm...suapkan bubur nasi pun cuma sedikit saja dijamah. Tak sanggup rasanya nak membiarkan Damia menangis sambil mendakap saya seperti meminta disusukan. Akhirnya saya offer kan diri untuk menyusukan Damia, tetapi sebelum itu saya perlu berbincang dan mohon izin dari suami terlebih dahulu. Pada Maslina juga saya minta dia bertanya dahulu kepada ustaz mengenai kriteria dan upah untuk menjadi ibu susuan anaknya.

Alhamdullillah suami saya bersetuju, gembira sungguh Maslina dan suaminya. Pada hari ketiga bermulalah  Damia disusui dengan susu saya sehingga usianya hampir 2tahun. Sememangnya Damia anak yang baik, sentiasa beralah dengan abangnya Idlan dan Damia tahu mereka akan bergilir-gilir untuk disusukan. Ada masanya saya akan menyusukan mereka dengan serentak. Walaupun penat hati saya gembira:)

Hari ini Damia dah berumur 7tahun, saya tak menjaganya lagi ...... kadang-kadang tu tergiang-giang juga suara Damia di telinga ini dengan tutur katanya yang tak boleh saya lupa..... "Ummi..YaYa nak tinggal dengan ummi, nak sekolah dengan ummi ...YaYa tak nak tinggal dengan orang lain"...berlinang juga air mata ini...sungguh sayu bila teringat kata-kata Damia dulu.

Saat-saat yang sangat saya rindu...

Kami bersama di Tasik Titiwangsa, Damia ketika berumur setahun dan saya berpesan kepada  anak-anak, Damia adalah adik kandung diorang...alhamdulillah mereka terima.

Hari ini...Damia (berbaju pink) dah berumur 7 tahun, makin comel dan tutur katanya sentiasa lembut dan sopan seperti saya menjaganya dulu



23 orang bagi komen:

::Umi Sufira:: said...

Alahai terharu sungguh baca kisah Shais nih...sampai macam tu skali baby buleh bau susu kan..mesti dah rasa macam anak sendiri walaupun sebenarnya anak susuan kan:)

theconfused said...

alahai... comelnya damia...

ain said...

terharu dengan keikhlasan shais menjadi ibu susuan kpd damia. tak ramai org sanggup melakukkannya. You must be a very loving mother at heart!

ku tak sempurna said...

bagusnya..

bukan semua org sanggup jadi ibu susuan..

bukan semua suami benarkan..

aku pun nak breastfeed anak2 nanti..
bila tu??

errrrkkkk... tak terjawab..

hehehehehe..


psssttt... nanti boleh la kongsi ilmu breastfeeding ni ngan aku eh..

ima said...

mulianya hati shais...terharu membacanya...

yginsaf.com said...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. wah, semangatnyerrr ibu teww..

kayteeze said...

Ish....mesti rindu betul kat Damia tu, sebab dia ibarat anak kandung..hu hu.. sabor je laa...

Seperti kata Ain, Shais memang ibu yang penyayang..., kak tie sendiri tak mungkin jadi ibu susuan (kak tie kedekut!)

herni said...

semoga cerita akak menjadi contoh pada ibu2 di luar sana =)

sya said...

tersentuhnya baca cerita ni kak... ye, anak2 kita perlu dikenalkan dengan saudara susuan mereka...

asmaa said...

mulianya kisah akak nie...dibelai dan kerapatan tu mcm anak sendirikan kak...
saya dpt rasai sebb saya pun salah seorg anak susuan tp dengan isteri pertama (sy panggil mak)kepada arwah ayah saya...

~Cinta Cukulet~ said...

huu terharunya

zaman sekarang ni tak ramai yang nak breastfed anak sendiri, apatah lagi jadi ibu susuan..syabas kat shais

Suzi said...

bagus shais ni...kalau saya belum tentu..
mesti rapat dgn damia tu kan..yelah mcm anak sendiri juga...
dan alhamdulillah shais dah fahamkan anak2 shais tentang kedudukan damia tu...

Mak Su said...

so nice of you (terharu)

QiStinA's said...

bagus nye..shais...syabas...bnyk pahala nye kan...

izat said...

Assalamualaikum..tersentuh nya baca posting nih, tak mudah nak susukan anak org kan melainkan jika Allah pilih kita utk lakukan..aduh teringat kisah nabi kita nabi Muhammad s.a.w.
Walaupun saya breastfeed anak, tak tentu saya dpt buat cam kak shais.Mesti teringat2 kenangan tu kan?

Shais said...

salam,

terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudi memberi komen. saya amat menghargainya.

zara malik said...

hmm...memang tersentuh hati ini..kalu aku ditukarkan tempat dengan kak shais ni, belum tentu lagi ku snggup menyusukan anak orang lain...

ajasu said...

salam kak shais, terharunyer baca citer nih. Rasa nk menitik air mata,mulia sungguh hati akak...

m@Ri@ said...

terharu...tahniah akak..

Kasih Kita said...

Hebatnya akak, sanggup berhenti kerja utk jaga anak. Pastu susukan dua baby serentak. Pastu sanggup ke pusrawi x mkn tengahari utk belajar breastfeeding. Mudah-mudahan saya akan setabah dan berjaya susukan anak selama 2 tahun. Right now sy sedang struggle pam susu sebab baby x leh direct. it's my fault, malu bertanya dan keluarga tidak menyokong. Alhamdulilah berjaya susukan anak tanpa fm selama 7bulan ada lagi 17bulan.

Kasih Kita said...

Akak, saya ada buat entry untuk akak dalam bloga saya :)

NuRuL DhiA said...

sebak terharu gumbira bace entri akak ni, sungguh mulia akak memikul tugas sbg ibu susuan

Cik Puan Nurul said...

ohh entri ni saya penah buat entri pasal kak shada jd ibu susuan betul2 kagum tau